Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Majlis Iftar bersama Anak-Anak Yatim dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang

Majlis Iftar bersama Anak-Anak Yatim dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang

Tarikh : 15-05-2019
Tempat : Foyer Fakulti Perubatan Veterinar
Tetamu : Anak-Anak Yatim dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang
Penganjur : Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar , FPV
 
 
Majlis Iftar bersama Anak-Anak Yatim dari Pusat Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang telah diadakan pada 15hb May 2019, anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) Fakulti Perubatan Veterinar. Alhamdulillah, ini adalah kali ke 4 KSRV menganjurkan majlis iftar bersama anak-anak yatim dari Pusat Kebajikan dan ianya telah mendapat sokongan penuh dari warga fakulti dan juga pihak luar.
 
Pihak KSRV mewakili Yang Berbahagia Dato' Dekan juga menyampaikan wang sumbangan dari hasil kutipan daripada warga fakulti kepada Guru Pembimbing Pusat Kebajikan, dan memberikan duit raya kepada anak-anak istimewa ini. InsyaAllah, jika majlis yang mulia ini akan diteruskan lagi pada tahun mendatang dan semoga kerjasama dengan pihak Pusat Kebajikan akan terus berpanjangan demi kebaikan masa depan anak-anak yatim ini. 
 
Semoga usaha amal jariah warga fakulti mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin Yarobbal Allamin.. 

Date of Input: 17/05/2019 | Updated: 17/05/2019 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
B1566245515