Lawatan Rasmi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UPM | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Lawatan rasmi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UPM

Lawatan rasmi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), UPM

 
 
 
Serdang, 03 April - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah mengadakan lawatan rasmi beliau di Fakulti Perubatan Veterinar semalam.
Ketibaan beliau disambut oleh Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Azmi Mohd Lila serta ahli pengurusan FPV pada jam 9.00pagi. Lawatan selama hampir 4 jam ini bertujuan untuk memperkukuhkan halatuju dan pelan strategi FPV dalam memacu kecemerlangan fakulti serta memberi pengenalan mengenai FPV kepada Pengerusi LPU yang telah dilantik pada 7 Februari 2023.
 
Dalam lawatan kerja itu, Pengerusi LPU telah menerima pembentangan oleh Dekan bersama Ahli Pengurusan FPV serta melawat fasiliti dan perkhidmatan yang terdapat di fakulti. Antara tempat yang dikunjungi ialah, makmal pengajaran, makmal penyelidikan, Muzium Anatomi Haiwan dan Hospital Veterinar Universiti.
 
Menurut YBhg. Dato’ Pengerusi LPU, beliau merasa teruja terhadap fasiliti dan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di FPV. Beliau berkata ianya merupakan satu kemudahan yang amat penting kepada negara khususnya untuk penjagaan dan kesihatan haiwan. Selain itu juga, beliau menyifatkan sebahagian kemudahan yang terdapat di Hospital Veterinar Universiti adalah luar biasa tanpa menafikan ada sebahagian yang perlu ditambah baik mengikut keperluan dan teknologi semasa yang lebih canggih untuk bergerak maju kehadapan dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa pada tahap terbaik.
 
“Sememangnya menjadi dasar Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memberi perhatian yang tinggi terhadap Fakulti Perubatan Veterinar kerana peranannya kepada negara. Fakulti ini bukan sahaja antara fakulti pertama yang diwujudkan dalam penubuhan UPM, tetapi ianya menjadi ikon kepada UPM dan kita patut memberikan tumpuan yang tinggi untuk memastikan kedudukannya sebagai fakulti terbaik di UPM dan Fakulti Perubatan Veterinar terbaik di negara dapat dikekalkan” tambah beliau.
Ahli pengurusan dan warga fakulti merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo di atas kesudian melawat fakulti dan mengalu-alukan kehadiran beliau dimasa akan datang.
 

Date of Input: 05/04/2023 | Updated: 05/04/2023 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEbAAM~