
23 Disember 2022 – Fakulti Perubatan Veterinar, Universitas Airlangga Indonesia mengadakan lawatan di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan tersebut diketuai Prof. Dr. Mirni Lamid, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universitas Airlangga beserta 7 yang lain:
1. YBrs. Dr. Rimayanti, Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
2. YBhg. Prof. Dr. Mustofa Helmi Effendi, Timbalan Dekan Kerjasama, Penyelidikan, Pembangunan Komuniti dan Urusan Penerbitan
3. YBhg. Prof. Dr. Widjiati, Ketua Jabatan Sains Veterinar
4. YBhg. Prof. Dr. Lilik Maslachah, Ketua Perubatan Veterinar - Program Pengajian Sarjana Muda
5. YBhg. Prof. Dr. Lucia Tri Suwanti, Ketua Sains Veterinar - Program Pengajian Kedoktoran
6. YBhg. Prof. Dr. Jola Rahmahani, Ketua Vaksinologi dan Imunoterapeutik - Program Pengajian Lepasan Ijazah
7. Pn. Yulianna Puspitasari, Ketua Program Pengajian Pendidikan Profesion Veterinar
Satu mesyuarat telah diadakan bersama Ahli Pengurusan Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Pihak Universitas Airlangga turut berkesempatan mengunjungi Makmal Anatomi FPV, Makmal Histopatologi FPV dan Hospital Veterinar Universiti (UVH). Tujuan lawatan diadakan adalah untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua belah pihak. Antara pengisian perbincangan yang dibincangkan adalah:
1. Pertukaran maklumat saintifik dan pengajaran,
2. Pertukaran kakitangan masing-masing untuk penyelidikan, pengajaran dan aktiviti kerjasama lain
3. Pertukaran kakitangan masing-masing untuk menyertai persidangan, simposium, bengkel dan seminar
4. Pertukaran pelajar prasiswazah dan/atau siswazah untuk tempoh pengajian tertentu melalui perjanjian pengajian luar negara yang teratur
5. Penubuhan laluan artikulasi
6. Penubuhan projek penyelidikan bersama mengenai subjek kepentingan bersama
Pihak Fakulti mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Perubatan Veterinar, Universitas Airlangga atas kunjungan ke FPV UPM dan semoga kerjasama antara kedua belah pihak dapat dijalinkan dengan lebih erat.
Date of Input: 05/01/2023 |
Updated: 05/01/2023 | m_nazmi
MEDIA SHARING