Event Title
TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H
Date
13 Apr 2022 - 29 Apr 2022
Event Summary
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan 1443H
Tuan/Puan,
Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, KSRV mengambil pendekatan sebagaimana tradisi tahun sebelum-sebelum ini untuk mengadakan Tadarus Al-Quran di Fakulti secara maya.
3. Fakulti telah mendapat agihan oleh pihak PERMATA UPM untuk membaca JUZUK 11. Sehubungan dengan itu, Tadarus akan dijalankan setiap hari bermula pada 13 April 2022 (Rabu), jam 1:00 pm sehingga 2:00 pm.
4. Kepada yang berminat, boleh majukan nama kepada saya dengan kadar segera supaya saya dapat berkongsi pautan untuk majlis tadarus tersebut.
Semoga Allah memberkati segala amalan dan melipat ganda pahala serta kita dapat meraih gelaran muttaqin di bulan yang mulia ini.
Sekian, terima kasih
Updated:: 12/04/2022 [mjamil]
MEDIA SHARING