Client's Charter | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» ABOUT US » CORPORATE INFORMATION » Client's Charter

Client's Charter

CLIENT CHARTER


Piagam Pelanggan Proses Perundingan


1. Memastikan kelulusan kontrak perundingan dibuat dalam jangkamasa 3
hingga 6 bulan selepas penerimaan permohonan, berdasarkan keperluan
projek perundingan.

2. Memastikan kandungan jadual kerja perundingan memenuhi keperluan
pemohon.

3. Memastikan perunding memenuhi keperluan kepakaran.

4. Memastikan kerja perundingan dijalankan dengan memuaskan.

5. Menyediakan kemudahan perundingan yang memuaskan.

6. Memastikan semua rekod disimpan secara sistematik dan selamat.

 

Piagam Pelanggan Proses Pengurusan


1. Mengambil tindakan untuk pengisian jawatan sekurang-kurangnya sekali setahun.

2. Memastikan pegawai menerima latihan sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua tahun.

3. Mengambil tindakan ke atas surat dan pertanyaan yang diterima dalam masa 2 hari bekerja.

4. Memanjangkan dokumen lengkap kepada pihak luar Fakulti dalam masa 3 hari bekerja.

5. Memastikan semua rekod disimpan secara sistematik dan selamat.

6. Memberi maklumbalas terhadap tindakan yang akan diambil ke atas aduan rasmi dalam masa 3 hari bekerja.

7. Menyedia saluran untuk pelajar dan staf memberi maklumbalas berkaitan perkhidmatan yang ditawar oleh Fakulti.

8. Membuat promosi aktiviti Fakulti sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

9. Memastikan audit dalaman dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

 

Piagam Pelanggan Proses Perkhidmatan Sokongan


Kewangan

1. Mengambil tindakan ke atas permohonan pembelian melalui borang pesanan yang lengkap dan lain-lain dalam masa 7 hari bekerja.

2. Mengambil tindakan ke atas tuntutan lain melalui borang tuntutan yang lengkap dalam masa 7 hari bekerja.

3. Memastikan spesifikasi dan laporan yang lengkap untuk kelulusan dan pembukaan sebutharga diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

4. Mengambil tindakan ke atas pendaftaran sebutharga/tender yang lengkap dalam masa 7 hari bekerja.

5. Memastikan dokumen sebutharga dan/atau tender diserahkan kepada pemohon untuk tindakan dalam masa 7 hari.

6. Memastikan penyediaan baucer pembayaran disediakan dalam masa 10 hari selepas menerima pesanan belian, invois, nota hantaran dan dokumen-dokumen lain yang lengkap.

7. Memastikan ulasan pelupusan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk kelulusan.


Pembangunan/Infrastruktur


1. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

2. Menyediakan kemudahan dan persekitaran kerja yang kondusif.

3. Mengambil tindakan ke atas aduan mengenai bekalan & kerosakan infrastruktur dan prasarana dalam masa 3 hari bekerja.

4. Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan peralatan yang memerlukan khidmat luaran dalam masa 14 hari bekerja, tidak termasuk urusan kewangan.

5. Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan peralatan yang
memerlukan khidmat dalaman dalam masa 7 hari bekerja.

6. Mengambil tindakan ke atas permohonan penggunaan peralatan sokongan pengajaran seperti alat pandang dengar dalam masa 3 hari bekerja.

 

 

 

 

 

 

Updated:: 30/03/2018 [mjamil]

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 8609 3896
03 8947 1971
C1529348409