Haiwan Kesayangan | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» HOSPITAL VETERINAR » Hospital Veterinar Universiti » Haiwan Kesayangan

Haiwan Kesayangan

Amalan haiwan kesayangan meliputi sebuah Hospital Veterinar di Fakulti Perubatan Veterinar. Unit ini menawarkan khidmat nasihat kepada orang awam mengenai penjagaan veterinar bagi haiwan kesayangan.


Khidmat nasihat yang diberikan kepada pelanggan seperti :

  • mengenai perubatan pencegahan (penjagaan kesihatan)
  • diagnosis dan rawatan untuk masalah perubatan atau surgeri yang dialami oleh haiwan kesayangan mereka.

Walaupun kebanyakan pesakit kami adalah terdiri dari anjing dan kucing namun kami juga menawarkan perkhidmatan kepada haiwan lain seperti burung, arnab dan reptilia yang sedang mendapat perhatian oleh masyarakat penyayang haiwan kini.Haiwan yang dibawa ke hospital dan klinik kami mengalami pelbagai masalah dan penyakit, namun semuanya mempunyai keperluan yang sama untuk sembuh.

Selain daripada pesakit luar, hospital ini juga menyediakan kemudahan untuk pesakit yang memerlukan penyiasatan diagnostik lanjutan, penjagaan dan rawatan berterusan. kemudahan dan perkhidmatan ini termasuk kepakaran surgeri, perkhidmatan klinikal, radiologi dan ultrasonografi.

Hospital ini juga memainkan peranan sebagai pusat rujukan bagi pengamal-pengamal veterinar.

Kemaskini:: 20/02/2018 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTKAJ~