VETERNAK FPV UPM Anjur ‘’Program Dogathon 2023’’ Didik Pelajar Dan Masyarakat Tingkatkan Kesedaran Penjagaan Haiwan. | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » VETERNAK FPV UPM Anjur ‘’Program Dogathon 2023’’ Didik Pelajar dan Masyarakat Tingkatkan Kesedaran Penjagaan Haiwan.

VETERNAK FPV UPM Anjur ‘’Program Dogathon 2023’’ Didik Pelajar dan Masyarakat Tingkatkan Kesedaran Penjagaan Haiwan.

 

SERDANG, 20 Mei 2023 - Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK) dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah menganjurkan ‘’Program Dogathon 2023’’ bagi mendidik pelajar dan masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kesedaran terhadap kebajikan haiwan peliharaan.

Pengarah program Soo Xianyang, pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar berkata, matlamat utama program ini adalah untuk mengutip derma melalui aktiviti larian kebajikan melibatkan pemilik bersama haiwan kesayangan (anjing) mereka. Derma yang dikutip akan disalurkan kepada pembiayaan aktiviti kelab seperti projek-projek kebajikan terutamanya bagi program Catch, Neuter and Rehome (CNR) di Universiti Putra Malaysia, di bawah Projek Pengkasian Haiwan Terbiar (PRO-KASIH), yang juga dirancang dan melibatkan pelajar Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia.

Seramai 2500 peserta telah hadir terdiri daripada pelajar dan masyarakat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sekretariat juga telah mencatatkan sebanyak 900 ekor anjing telah dibawa ke program ini bagi mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah physical examination, Dog race, Game booths, Veterinary consultation, Petting Zoo, Demonstration by PDRM K9 unit, Talks by professionals, Pet adoption drive dan Pet fair. Program turut hadiri oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Dekan FPV UPM, Professor Dr. Jalila Abu, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, FPV UPM.

 

     

 

Date of Input: 24/05/2023 | Updated: 24/05/2023 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdIAR~