UVH Melakar Sejarah: 1st 64 – Slice Veterinary CT Scan Installation In Malaysia | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » UVH Melakar Sejarah: 1st 64 – Slice Veterinary CT Scan Installation in Malaysia

UVH Melakar Sejarah: 1st 64 – Slice Veterinary CT Scan Installation in Malaysia

Oleh: Ahmad Azlan Ahmad Saad | ahmadazlan@upm.edu.my

SERDANG, 27 November - Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM kini dilengkapi mesin pengimbas CT (CT scan) dengan spesifikasi 64 – slice yang pertama di Malaysia dalam bidang veterinar. Mesin CT scan bernilai RM1.3 juta berteknologi terkini ini dibiayai di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi menggantikan mesin CT scan lama yang telah usang sejak pertengahan tahun 2024.

 

YBhg. Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Goh Yong Meng menyampaikan ucapan aluan.

Barisan ahli pengurusan Fakulti bersama wakil syarikat.

Dari kiri: Prof. Madya Dr. Khor Kuan Hua (Ketua Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan), Prof. Dr. Jalila Abu (Timbalan Dekan Akademik dan HEP) dan Prof. Madya Dr. Noraniza Mohd. Adzahan (Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti).

Penyampaian plak pengiktirafan daripada Encik Ng Yoong Duong, Pengarah Urusan Mediliance (M) Sdn. Bhd. kepada YBhg. Dekan.

Satu Majlis Penyerahan Mesin Pengimbas CT (AlphaCT 328Plus – Sinovision) telah diadakan pada 27 November 2025 bertempat di Unit Radiologi, UVH. Majlis dilaksanakan sebagai simbolik penyerahan mesin CT scan tersebut daripada pihak syarikat secara rasminya kepada UVH selepas tempoh proses pengubahsuaian, pemasangan dan latihan berkala selama hampir 2 bulan. Majlis juga diadakan bagi merakamkan detik bersejarah UVH melangkah lebih setapak kehadapan mendepani bidang perkhidmatan rawatan veterinar di Malaysia sebagai hospital veterinar rujukan.

Prof. Madya Dr. Noraniza mewakili UVH menerima cenderamata berupa model mini mesin pengimbas CT.

Penyampaian cenderamata berupa model mini mesin pengimbas CT daripada wakil syarikat.

Staf Unit Radiologi, UVH dan Pegawai Perancang Operasi merakamkan gambar kenangan bersama mesin pengimbas CT dan wakil syarikat.

Warga FPV dan wakil syarikat.

Majlis ini dihadiri oleh barisan pengurusan Fakulti Perubatan Veterinar yang diterajui oleh YBhg. Profesor Dr. Goh Yong Meng, Dekan FPV termasuk YBrs. Profesor Madya Dr. Noraniza Mohd Adzahan, Timbalan Dekan Hospital Veterinar, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal UVH, wakil-wakil syarikat dan warga FPV yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses perolehan mesin CT scan ini.

Mesin Pengimbas CT (AlphaCT 328Plus – Sinovision).

Dr. Rozanaliza Radzi turut hadir dalam majlis penyerahan.

 
 

Dr. Rozanaliza Radzi, Pensyarah Kanan dan Dr. Siti Sarismahanim Ismail, Pegawai Veterinar merangkap Pegawai Perancang Operasi, Unit Perkhidmatan Diagnostik dan Farmasi, UVH.

Encik Mohd Farid Saron (Juru X-ray 2 Kanan) dan Dr. Siti Sarismahanim Ismail.

Secara anggarannya sebelum ini, dalam setahun, UVH menjalankan perkhidmatan diagnostik sebanyak 200 kes bagi pemeriksaan dan rawatan haiwan melalui mesin CT Scan. Dengan adanya mesin CT scan berteknologi tinggi ini UVH sebagai hospital pengajar dijangka dapat menjalankan perkhidmatan diagnostik berkualiti tinggi kepada lebih banyak haiwan yang secara langsung turut menyokong aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan bilangan pelbagai kes yang tinggi sebagai bahan pengajaran termasuk aktiviti penyelidikan. Ini adalah selari dengan salah satu teras utama Kerangka Hala Tuju Strategik UPM – True North iaitu menyediakan pengalaman pembelajaran dan kehidupan terbaik kepada pelajar program Doktor Perubatan Veterinar dalam aktiviti akademik.

Model mini mesin pengimbas CT.

Mesin Pengimbas CT (AlphaCT 328Plus – Sinovision).

Plak pengiktirafan.

Dalam ucapannya YBhg. Dekan merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam usaha ini dan berharap FPV amnya dan UVH khasnya akan terus lebih maju pada masa hadapan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan kekal menjadi hospital pengajar yang cemerlang dalam melahirkan graduan veterinar yang terlatih dan tersohor serta terus relevan sebagai hospital veterinar rujukan.

UVH Melakar Sejarah: 1st 64 – Slice Veterinary CT Scan Installation in Malaysia

Date of Input: 02/12/2025 | Updated: 03/12/2025 | faizeenazani

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (05:01:37am-05:06:37am, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]