UPM And VetCare Seal MoA To Strengthen Animal Diagnostic Services | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » UPM and VetCare Seal MoA to Strengthen Animal Diagnostic Services

UPM and VetCare Seal MoA to Strengthen Animal Diagnostic Services

 

By: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 16 April – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Hospital Veterinar Universiti (UVH) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama VetCare Animal Health (M) Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh perkhidmatan diagnostik haiwan serta menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran klinikal.

 

Majlis pertukaran MoA ini menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam penyediaan mesin penganalisis diagnostik Vcheck V200 serta pembekalan kit ujian diagnostik yang berkaitan bagi tujuan diagnosis penyakit dalam penyampaian perkhidmatan rawatan haiwan. Melalui inisiatif ini, kecekapan diagnostik haiwan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini dalam industri perkhidmatan veterinar.

 

Menerusi kerjasama ini juga, pihak VetCare Animal Health (M) Sdn. Bhd. menaja secara pinjaman mesin Vcheck V200 Analyzer kepada UVH sebagai sumbangan in-kind, di samping menyediakan sokongan teknikal, latihan serta khidmat penyelenggaraan sepanjang tempoh perjanjian.

 

Kerjasama strategik ini turut memberi manfaat kepada pelajar program Doktor Perubatan Veterinar (DVM) melalui pendedahan langsung kepada penggunaan peralatan diagnostik moden dalam persekitaran klinikal sebenar. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini dijangka dapat melahirkan graduan yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi keperluan industri veterinar.

 

Selain itu, inisiatif ini juga berupaya memperkukuh peranan UPM sebagai pusat rujukan dalam pengujian dan pembangunan diagnostik haiwan, selaras dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan serta jaringan industri di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

MoA yang dimeterai bagi tempoh dua (2) tahun ini merupakan langkah awal kolaborasi antara kedua-dua belah pihak dan berpotensi untuk diperbaharui berdasarkan persetujuan bersama, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang lebih meluas dalam bidang inovasi, penyelidikan dan latihan industri pada masa hadapan.

 

Installation of the product in the laboratory

 

Explanation of the product user manual to the involved staff

 

The product has been installed and is ready for use

Date of Input: 16/04/2026 | Updated: 16/04/2026 | zafarul

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (04:48:15am-04:53:15am, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]