TAKLIMAT BIOKESELAMATAN DAN BIOSEKURITI UPM 2020 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » TAKLIMAT BIOKESELAMATAN DAN BIOSEKURITI UPM 2020

TAKLIMAT BIOKESELAMATAN DAN BIOSEKURITI UPM 2020

MAKLUMAN TAKLIMAT JAWATANKUASA KEINSTITUSIAN BIOKESELAMATAN DAN BIOSEKURITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (IBBC UPM)


 

SERDANG OKT 2020 :  Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Putra Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan dan Biosekuriti (IBBC) bagi memantau semua aktiviti yang melibatkan pengendalian mikrooganismsa NON-GMO dan GMO pada 6 Februari 2020. Justeru itu, IBBC telah membangunkan dasar dan prosedur untuk memantau semua aktiviti yang terlibat semasa mengendalikan, memanipulasi, menggunakan, menyimpan dan membuang agen biologi/bahan termasuk GMO, LMO, rDNA dan toksin biologi di kemudahan yang ditentukan dan zon penahanan di Universiti Putra Malaysia. Prosedur ini merangkumi aktiviti di semua jenis makmal yang terlibat dalam pengajaran, penyelidikan, dan perkhidmatan.  
 
Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa IBBC UPM akan mengadakan satu taklimat biokeselamatan dan biosekuriti seperti berikut:
 
Tarikh: 8 Oktober 2020 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat : Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia
 
Dilampirkan Agenda majlis dan susun atur dewan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan penganjuran taklimat untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

Date of Input: 07/10/2020 | Updated: 07/10/2020 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEZWAF~