Program Pemindahan Ilmu Penyakit Zoonotik, Penjagaan & Kebajikan Haiwan Bersama Komuniti Orang Asli. | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Program Pemindahan Ilmu Penyakit Zoonotik, Penjagaan & Kebajikan Haiwan bersama Komuniti Orang Asli.

Program Pemindahan Ilmu Penyakit Zoonotik, Penjagaan & Kebajikan Haiwan bersama Komuniti Orang Asli.

 
25hb Februari 2025 - Program Pemindahan Ilmu Penyakit Zoonotik, Penjagaan & Kebajikan Haiwan bersama Komuniti Orang Asli.
Program Jaringan VLSU bersama Komuniti Orang Asli telah berjaya dilaksanakan bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli) anjuran Fakulti Perubatan Veterinar,UPM dan di bawah tajaan geran KTGS University Community Transformation Centre - UCTC UPM. Melalui program ini,seramai 30 orang pelajar diiringi empat orang guru telah didedahkan kepada kepentingan kesedaran penyakit zoonotik, penjagaan haiwan yang baik, serta langkah-langkah untuk melindungi kesihatan mereka dan haiwan peliharaan.
Terdahulu, pada 29 Disember 2024, Fakulti Perubatan Veterinar juga telah menjalankan program kesedaran penyakit zoonotik bersama Komuniti Orang Asli Desa Temuan, Bukit Lanjan, bersempena dengan sambutan Hari Moyang mereka. Program ini juga merupakan program SULAM UPM yang melibatkan mahasiswa Tahun 5 Fakulti Perubatan Veterinar dalam kursus VPD4971 yang berperanan mengadvokasi tentang kesedaran tentang penyakit zoonotik dan langkah pencegahannya.Melalui sesi interaktif dan perkongsian maklumat, komuniti diberikan pendedahan tentang risiko penyakit yang boleh berpunca daripada haiwan serta cara untuk mengurangkan penyebarannya. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, dengan penyertaan aktif daripada penduduk setempat yang berminat untuk memahami lebih lanjut mengenai kesihatan haiwan dan manusia.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian demi kesihatan sejagat.

https://www.facebook.com/share/p/1KtAXLPqgq/?mibextid=wwXIfr

Date of Input: 27/02/2025 | Updated: 27/02/2025 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (03:53:08am-03:58:08am, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]