PENJELASAN MENGENAI PENULARAN MESEJ TIDAK BENAR MENGENAI KAJIAN ‘SARS-COV2 (COVID-19) DAN KUCING’ DARI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » PENJELASAN MENGENAI PENULARAN MESEJ TIDAK BENAR MENGENAI KAJIAN ‘SARS-COV2 (COVID-19) DAN KUCING’ DARI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM

PENJELASAN MENGENAI PENULARAN MESEJ TIDAK BENAR MENGENAI KAJIAN ‘SARS-COV2 (COVID-19) DAN KUCING’ DARI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM

Universiti Putra Malaysia

 

PENJELASAN MENGENAI PENULARAN MESEJ TIDAK BENAR MENGENAI KAJIAN
‘SARS-COV2 (COVID-19) DAN KUCING’ DARI FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM


Rentetan daripada mesej yang sedang tular di media sosial dan asplikasi Whatsap berkaitan
dengan iklan kajian kami bertajuk ‘SARS-CoV2 (Covid-19) dan Kucing’. Kami, penyelidik dari
Universiti Putra Malaysia dengan ini menafikan pernyataan “UPM sudah mula buat kajian
kerana semakin ramai yang memelihara kucing dijangkiti penyakit Covid-19. UPM ingin
dapatkan bukti yang kucing jadi pembawa virus Covid-19 dan disebarkan kepada manusia ”.
Ingin ditegaskan bahawa mesej/teks ini bukan daripada kami dan kandungannya adalah
TIDAK BENAR sama sekali. Mesej ini merupakan hasil dari perbuatan individu yang tidak
bertanggungjawab.


Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui sekiranya haiwan peliharaan seperti kucing
boleh terjangkit dengan Covid -19 daripada pemilik mereka. Sampel yang diambil daripada
kucing ialah calitan hidung, mulut dan rektum serta darah. Pemilik kucing juga diminta untuk
menjawab satu kajian soal selidik mengenai sejarah penyakit Covid-19 yang mereka hadapi
beserta maklumat mengenai kucing peliharaan dan pengendalian kucing mereka. Hasil kajian
ini akan digunakan sebagai panduan atau cadangan bagi mengurangkan risiko jangkitan
Covid -19 daripada pemilik haiwan kepada kucing mereka.


Kami menggesa orang ramai, pemilik haiwan dan pencinta haiwan supaya tidak terburu buru
membuat kesimpulan berdasarkan mesej berkenaan. Kami juga berharap agar semua pihak
untuk menghentikan sebaran mesej tersebut kerana ianya adalah SALAH dan
bertentangan dengan tujuan sebenar kajian yang kami jalankan.


Kami ingin memaklumkan bahawa sehingga kini TIADA bukti saintifik yang mengaitkan
kucing atau sebarang haiwan peliharaan lain sebagai penyebar virus Covid-19 kepada
manusia atau kepada haiwan lain.


Kajian ini telah mendapat penyertaan yang mencukupi daripada pesakit Covid-19 dan telah
ditutup mulai 23 Mei 2021. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan
terus kepada ketua projek, Dr Farina Mustaffa Kamal ( farina@upm.edu.my ).

 

Sekian terima kasih.

Maklumat lanjut hubungi:


Prof Dr Abdul Rahman Omar (DVM, PhD)
Profesor (Imunologi Veterinar)
Dekan
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
Emel: aro@upm.edu.my

 

Prof Dr Latiffah Hassan (DVM, PhD)
Profesor (Epidemiologi dan Kesihatan Veterinar)
Ketua Jabatan Jabatan
Diagnosis Makmal Veterinar
Koordinator Malaysia One Health University Network
Universiti Putra Malaysia
Emel: latiffah@upm.edu.my

 

 


 

 

 

Date of Input: 27/05/2021 | Updated: 28/05/2021 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEXOAn~