Majlis Penyampaian Hadiah, Fakulti Perubatan Veterinar UPM Kali Ke-43, 44 Dan 45 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Majlis Penyampaian Hadiah, Fakulti Perubatan Veterinar UPM Kali Ke-43, 44 dan 45

Majlis Penyampaian Hadiah, Fakulti Perubatan Veterinar UPM Kali Ke-43, 44 dan 45

25 November 2022 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti kali ke-43, 44 dan 45 di Dewan Auditorium FPV UPM. Majlis dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr Abdul Rahman Omar, Dekan FPV, timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah, para penaja, ibu bapa serta para pelajar dan graduan yang menerima hadiah.
 
Pada tahun ini, Fakulti melaksanakan tiga sesi penyampaian hadiah fakulti iaitu bagi sesi 2019/2020, 2020/2021 dan 2021/2022 di mana dua sesi yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021 kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan pelaksanaan sebarang majlis secara fizikal bagi membendung penularan wabak COVID-19.
 
Pada majlis penyampaian hadiah kali ini, Fakulti telah menawarkan sebanyak 52 hadiah di peringkat prasiswazah dan 3 hadiah diperingkat siswazah yang menjadikan jumlah keseluruhan hadiah bagi sesi 2019/2020 sebanyak 55 hadiah manakala tawaran hadiah bagi sesi 2020/2021 dan 2021/2022 adalah sebanyak 51 hadiah di mana 48 hadiah di peringkat prasiswazah dan 3 hadiah di peringkat siswazah. Hadiah ini merupakan sumbangan dan penajaan daripada persatuan dan syarikat yang berkaitan dengan industri yang turut terlibat untuk melahirkan graduan cemerlang dalam pelbagai bidang, sahsiah dan jati diri.
Antara penaja-penaja tersebut ialah:
1. Royal Canin Malaysia Sdn. Bhd.
2. Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA)
3. Persatuan Produksi Haiwan Malaysia (MSAP)
4. FFM Berhad
5. Gold Coin Feedmills (M) Sdn. Bhd.
6. Staf dan Alumni Veterinar Malaysia
7. Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA)
8. Cargill Feed Sdn. Bhd.
9. Dindings Poultry Development Centre Sdn. Bhd.
10. Ceva Animal Health Malaysia Sdn. Bhd.
11. Pets Corner Sdn. Bhd.
12. Rhone Ma Malaysia Sdn. Bhd.
13. Vet Food Agro Diagnostics (M) Sdn. Bhd.
14. Aishah Meadows Equine Resources
15. Global Veterinary Sdn.Bhd.
16. Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd
17. Elanco Malaysia Sdn. Bhd.
18. Koperasi UPM Berhad (KUPUTRA)
19. Zoetis Malaysia Sdn. Bhd.
20. Perfect Companion (M) Sdn. Bhd.
21. Boehringer Ingelheim (Malaysia) Sdn. Bhd.
22. Sunzen Biotech Berhad
23. Persatuan Patologi Veterinar Malaysia (MAVP)
24. Hipra Malaysia Sdn. Bhd.
25. KM Vet Pharm Sdn Bhd
26. Nutri Pharmax Sdn. Bhd.
27. PeterLabs Holdings Berhad
28. Kemin Industries (Asia) Pte Ltd
29. Dr. Abdul Wahid Haron
30. AniHealth Sdn Bhd
31. I Vetworks Sdn Bhd
32. My Vet Care Sdn. Bhd.
33. World's Poultry Science Association Malaysia (WPSA)
34. Ceres Nutrition Sdn Bhd
35. Windsor Animal Hospital Sdn Bhd
36. Persatuan Poltri Veterinar Dunia Malaysia (WVPA Malaysia)
37. Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals (MVP).
38. Live Animal Medical Centre.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja hadiah Fakulti. Fakulti juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para tetamu, ibu-bapa dan para pelajar yang menghadiri majlis penyampaian hadiah fakulti kali ke-43, 44 dan 45. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Date of Input: 05/01/2023 | Updated: 05/01/2023 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETEAy~