
Serdang: Baru-baru ini, Kelab Sukan & Rekreasi Veterinar (KSRV) dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM Selangor telah menganjurkan Majlis Menyantuni Alumni KSRV di FPV.
Majlis ini, buat julung kalinya diadakan bagi menghimpun Alumni KSRV dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara Alumni dan staf.
Majlis itu diadakan secara santai serta dirasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Azmi Lila, Dekan FPV, UPM.
Hampir 100 Alumni KSRV telah hadir pada majlis ini dan pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan majlis, antaranya sesi bergambar, sesi beramah-mesra serta cabutan nombor bertuah.
Majlis ini juga telah mendapat beberapa tajaan daripada agensi korporat dan NGO.
MAJLIS MENYANTUNI ALUMNI KSRV
https://photos.google.com/share/AF1QipMy280b_z1X4qgD9xmjGnnCeBdqdH9ipNJsIsXUX2ISPANUMjhd95T709J0OIgFNg?key=Mm00aU5WUkhrSVJwa2EzSVVQWXNjQ2lET050SDNR
Date of Input: 22/03/2023 |
Updated: 02/05/2023 | m_nazmi
MEDIA SHARING