MAJLIS HARI WARGA FAKULTI KE 88 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » MAJLIS HARI WARGA FAKULTI KE 88

MAJLIS HARI WARGA FAKULTI KE 88

 

SERDANG, 30 Julai : Fakulti menganjurkan Majlis Hari Warga Fakulti ke 88 pada 30hb Julai 2021 Hari Jumaat , Jam 2.45 ptg.

Majlis ini merupakan antara aktiviti biasa yang dijalankan di fakulti bagi pihak pengurusan bertemu dan menyampaikan perkembangan terkini serta sebarang perubahan yang berlaku di fakulti kepada seluruh warga fakulti.

Majlis dimulakan dengan penerangan berkaitan audit dalam yang bakal dijalankan di fakulti tidak lama lagi oleh En. Amiruddin Abd Aziz, antara maklumat yang dikongsikan oleh beliau adalah berkaitan perjalanan audit dan kaedah yang akan digunapakai semasa proses audit yang bakal dijalankan nanti.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan penerangan penuh oleh Yang berbahagia dekan Profesor Dr Abdul Rahman Omar. Yang berbahagia dekan telah menyampaikan penerangan berkaitan pembangunan staf , berkaitan staf yang bersara dan disambung perkhidmatan secara kontrak dan juga kenaikan pangkat kepada beberapa orang staf akademik dan bukan akademik serta staf pelaksana. Selain dari itu terdapat beberapa staf yang ditawarkan jawatan tetap bagi menggantikan staf yang telah bersara.

Dekan mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mendapat kenaikan pangkat dan ditawarkan jawatan serta disambung kontrak.

Kepada staf atau keluarga staf yang terlibat dalam jangkitan corona virus 19 beliau menzahirkan rasa simpati dan sentiasa mendoakan agar mereka segera diberikan kesembuhan, manakala bekas staf yang telah meninggal dunia beliau mengucapkan salam takziah dan mengajak warga mensedekahkan Alfatihah kepada arwah.

 

Date of Input: 30/07/2021 | Updated: 30/07/2021 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEUOAb~