Lawatan Dari Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMII) Puncak Jalil. | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » lawatan dari Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMII) Puncak Jalil.

lawatan dari Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMII) Puncak Jalil.

Serdang, 27 September – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah menerima seramai 103 pelajar dan 11guru sains daripada Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMII) Puncak Jalil.
Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar pendedahan kepada kerjaya Doktor Perubatan Veterinar, struktur dan fungsi anatomi haiwan serta penyakit parasit haiwan penting.

 

 

Mungkin imej 3 orang dan teksMungkin imej 4 orang, Orang yang belajar, klarinet dan teks

Mungkin imej 5 orang, Orang yang belajar dan teksMungkin imej satu orang atau lebih, Orang yang belajar, dais dan teks

Program lawatan ini dimulakan dengan pengenalan informasi berkenaan dengan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM oleh Dr Hafandi Ahmad . Ini diikuti dengan sesi ceramah oleh pakar bidang Kesihatan hidupan liar Dr Azlan Che Mat, kerjaya sebagai Veterinawan dalam bidang Hidupan Liar.
Pelajar dan para guru juga diberikan peluang melihat spesimen yang terdapat di Museum Antomi FPV. Penerangan diberikan oleh Encik Nazmi haszmin dan Puan Nur Ayuni Azahan Apandi. Mereka kemudiaannya disajikan dengan ceramah penyakit zoonotik parasit, yang diberikan oleh pakar bidang parasit veterinar oleh Dr Nur Mahiza Md Isa.
Diharap dengan pemindahan ilmu oleh FPV ini kepada pelajar dan tenaga pengajar sekolah SMII Puncak Jalil ini, diharap ianya akan meningkatkan minat pelajar kerjaya veterinar, sekaligus meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM.

 

Date of Input: 28/10/2024 | Updated: 28/10/2024 | azwaar

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (04:37:25am-04:42:25am, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]