Lawatan Dari Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Lawatan Dari Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)

Lawatan Dari Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)

15 Disember 2022 – YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) mengadakan lawatan kerja di Hospital Veterinar Universiti (UVH) Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UPM. Antara Ahli JPU yang turut serta ialah YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar, YBrs. Puan. Hjh. Izariahwati Mohd Isa, Bursar, YBrs. En. Muhammad Adil Ahmad Tajudin, Penasihat Undang-undang berserta Pn. Haslina Abu Seman@Talib, Timbalan Ketua Pustakawan yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan. Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM dan Ahli JPU disambut mesra oleh YBhg Dekan dan Ahli Pengurusan Fakulti.

 
Kedatangan YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM dan Ahli JPU adalah bertujuan untuk mengadakan mesyuarat JPU kali ke-843 diikuti lawatan ke UVH serta mengadakan perjumpaan khas bersama staf UVH. YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM turut berpeluang menyampaikan hasrat beliau kepada staf UVH mengenai perancangan universiti terhadap UVH. Setelah itu, lawatan diteruskan di beberapa unit dan wad di UVH termasuklah Unit Diagnostik dan Pengimejan Veterinar (Radiologi), Unit Surgeri, Wad ICU dan Wad Haiwan Kesayangan.
 
Pihak Fakulti mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM dan Ahli JPU atas kunjungan ke FPV UPM dan segala amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM akan dilaksanakan dengan sebaiknya.

 

 

 

Date of Input: 05/01/2023 | Updated: 05/01/2023 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEQVAW~