Kunjungan Hospital Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar UPM Ke Animal Medical Centre, Kuala Lumpur | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Kunjungan Hospital Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar UPM Ke Animal Medical Centre, Kuala Lumpur

Kunjungan Hospital Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar UPM Ke Animal Medical Centre, Kuala Lumpur

30 November 2022 – Hospital Veterinar (HV) Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkunjung ke Animal Medical Centre, Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah, Timbalan Dekan Hospital Veterinar berserta En. Ahmad Azlan Ahmad Saad, Penolong Pendaftar HV, Dr. Nor Alimah Rahman, Pengurus Operasi Teknikal HV, 4 orang pegawai HV, 2 orang pegawai Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM dan juga 2 orang pegawai Pejabat Bursar UPM.

Kunjungan disambut mesra oleh Dr. Amilan Sivagurunathan, Pengarah MEDiVET Group Companies. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara termasuklah perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU), serta penempatan pelajar latihan praktikal daripada HV, FPV, UPM di Animal Medical Centre. Selain itu, pertukaran maklumat dan perkongsian mengenai sistem pengurusan maklumat hospital bagi kegunaan HV, FPV, UPM turut dibincangkan. Selepas selesai sesi perbincangan, Dr. Amilan Sivagurunathan turut meluangkan masa untuk mengetuai kunjungan melawat sekitar hospital tersebut.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Animal Medical Centre, Kuala Lumpur atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak HV, FPV, UPM dan berharap agar kerjasama antara kedua pihak kekal berterusan.

Date of Input: 04/01/2023 | Updated: 04/01/2023 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETQAn~