Kunjungan Hormat Pro Canselor UPM, YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui Dan Isteri Ke Hospital Veterinar Universiti | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE vet
» NEWS » Kunjungan Hormat Pro Canselor UPM, YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Isteri ke Hospital Veterinar Universiti

Kunjungan Hormat Pro Canselor UPM, YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Isteri ke Hospital Veterinar Universiti

 
Kunjungan Hormat Pro Canselor UPM, YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Isteri ke Hospital Veterinar Universiti
 
Serdang, 12 Mac 2025 – Hospital Veterinar Universiti (UVH) telah menerima kunjungan hormat daripada Pro Canselor UPM, YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Isteri, YBhg. Puan Sri Ruby Wee buat julung kalinya. Kunjungan ini adalah merupakan permintaan beliau sendiri untuk turun padang bagi melihat dan memahami secara langsung pengoperasian UVH. Beliau dan isterinya turut diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM dan YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) serta wakil Ahli Pengurusan FPV yang lain.
 
Melalui kunjungan ini, beliau dan isteri telah dibawa melawat ke seluruh premis UVH dan diberikan penerangan berkenaan pengendalian sebenar operasi harian hospital dengan fasiliti sedia ada di UVH. YBhg. Tan Sri turut mengambil peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan staf dan pelajar di UVH.
 
YBhg. Tan Sri menzahirkan penghargaan kepada Fakulti Perubatan Veterinar, amnya dan Hospital Veterinar Universiti, khasnya di atas komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang lawatan selama satu jam setengah ini. Melalui kunjungan ini, YBhg. Tan Sri melihat akan potensi besar yang boleh diketengahkan oleh UVH dengan prestasi dan mutu penyampaian perkhidmatan sedia ada yang baik walaupun mendepani pelbagai cabaran.
 
Pihak Fakulti juga berbesar hati menerima kunjungan ini dan mengharapkan menerusi kunjungan ini dapat membuka ruang dan peluang kepada UVH untuk memacu dengan lebih laju lagi dengan sokongan penuh pihak tertinggi Universiti.
 
 

Date of Input: 14/03/2025 | Updated: 14/03/2025 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:47:22am-08:52:22am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]