Kunjungan Hormat Dekan FPV UMK | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Kunjungan Hormat Dekan FPV UMK

Kunjungan Hormat Dekan FPV UMK

 

Serdang, 16 Feb – Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Abdul Rahman Omar telah menerima kunjungan hormat dari Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Jasni Bin Sabri di Fakulti Perubatan Veterinar UPM, di sini.

Kunjungan turut disertai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi iaitu Dr. Nor Fadhilah Binti Kamaruzzaman dan  Pegawai Sains iaitu Dr. Roslina Binti Rashid.



Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelan tindakan program kerjasama akan dijalinkan di antara Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan UMK iaitu Program “1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 Of Faculty Of Veterinary Medicine Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Malaysia Kelantan (UMK)”.



Selain itu, pertemuan itu turut membincangkan kerjasama strategik yang boleh dijalin di antara Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan UMK dalam pelbagai isu berkaitan veterinar. – FPVUPM

 

Date of Input: 17/02/2022 | Updated: 17/02/2022 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEZPAX~