KLINIK VETERINAR BERGERAK FPV DI PONTIAN | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » KLINIK VETERINAR BERGERAK FPV DI PONTIAN

KLINIK VETERINAR BERGERAK FPV DI PONTIAN

KLINIK VETERINAR BERGERAK FAKULTI PERUBATAN VETERINAR DI PONTIAN, JOHOR

24 Mac - Fakulti Perubatan Veterinar telah membuka klinik bergerak untuk pemeriksaan kesihatan kucing secara percuma pada 24 hingga 26 Mac 2022 yang lalu di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor. Program ini telah diadakan sempena dengan penganjuran Program Pendidikan dan Pertanian Putra oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) di pekarangan Masjid Kampung Sungai Bunyi, Pontian.  Dekan Fakulti, Ybhg Prof Dr Abdul Rahman Omar turut serta semasa majlis perasmian program. Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti, Prof Dr Jalila Abu juga telah terlibat untuk menyampaikan tajuk ceramah iaitu Pemindahan ilmu berkaitan Jom Masuk UPM / Laluan Kerjaya Profesional Sebagai Doktor Veterinar di Komuniti Kg Sungai Bunyi, Pontian.

Sebanyak 145 ekor kucing telah dibawa untuk pemeriksaan oleh pemilik haiwan dari komuniti setempat. Seramai  lapan orang Doktor Veterinar yang juga merupakan pensyarah fakulti dibantu oleh dua orang staf Hospital Veterinar Universiti dan empat orang pelajar tahun akhir Doktor Perubatan Veterinar telah terlibat dalam pemeriksaan kesihatan kucing ini. Di samping itu, khidmat nasihat dan kempen mengenai vaksinasi dan pengembirian kucing juga telah dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan haiwan secara amnya dan kaedah untuk mengawal populasi haiwan untuk mengelakkan mereka daripada terbiar.

Keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat di mana pihak fakulti bercadang untuk menjalankan program yang sama di tempat lain pada masa hadapan. Sumbangan oleh pihak awam adalah amat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke pihak WAZAN untuk Tabung Kebajikan  Haiwan UPM.

Date of Input: 20/04/2022 | Updated: 20/04/2022 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDcWAd~