Hari Warga FPV Ke-104: Syarahan Khas Perkukuh Amalan Harmoni-Mesra Dalam Komuniti | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE vet
» NEWS » Hari Warga FPV ke-104: Syarahan Khas Perkukuh Amalan Harmoni-Mesra dalam Komuniti

Hari Warga FPV ke-104: Syarahan Khas Perkukuh Amalan Harmoni-Mesra dalam Komuniti

Hari Warga FPV ke-104: Syarahan Khas Perkukuh Amalan Harmoni-Mesra dalam Komuniti

 

Oleh: Nur Syazlina Omar | syazlina@upm.edu.my

Serdang, 7 April 2026 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan syarahan khas bertajuk “Sustaining Social Harmony for Sejahtera Malaysia – The Case for an Actionable Practice of Harmoni-Mesra” yang berlangsung di Auditorium FPV. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan Hari Warga Fakulti Perubatan Veterinar kali ke-104.

 

Syarahan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Omar Abdul Rahman, FASc, mantan Dekan Pertama Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan, Universiti Pertanian Malaysia. Kehadiran beliau bukan sahaja menyerikan majlis, malah memberi inspirasi kepada warga fakulti dan para pelajar.

 

Dalam syarahannya, beliau menekankan kepentingan keharmonian sosial sebagai asas kepada kesejahteraan negara. Beliau turut menggariskan peranan setiap individu dalam mengamalkan nilai hormat, toleransi dan kesepaduan dalam kehidupan seharian. Konsep Harmoni-Mesra diketengahkan sebagai pendekatan praktikal yang boleh dilaksanakan merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

 

Program ini melibatkan pelajar Doktor Perubatan Veterinar Tahun 4 dan 5 serta warga fakulti. Penganjuran syarahan ini menjadi platform penting dalam memberi pendedahan kepada pelajar terhadap isu-isu semasa di luar bidang teknikal, seterusmya membentuk pemikiran yang lebih holistik, kritis dan berdaya saing.

 

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir bagi warga fakulti yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mac dan April sebagai tanda penghargaan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga FPV.

 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyampaikan ilmu dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keharmonian sosial dalam kalangan komuniti universiti.

 

Syarahan khas disampaikan oleh YBhg. Academician Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Omar Abdul Rahman, FASc

 

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng Fasc bersama-sama Mantan Dekan

 

Sambutan Hari Lahir bagi warga fakulti yang menyambut kelahiran pada bulan Mac dan April

Date of Input: 10/04/2026 | Updated: 10/04/2026 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (11:32:44am-11:37:44am, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]