Gold & Silver Medal For Innovative And Creative Teaching Methods At PicTL 2019 | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Gold & Silver medal for Innovative and Creative Teaching Methods at PicTL 2019

Gold & Silver medal for Innovative and Creative Teaching Methods at PicTL 2019

PicTL 2019. Alhamdullilah for the gold medal for ruminant team and silver medal for OSCE team. May we be continuously inspired to be motivated in improving our teaching with innovative and creative methods.

SERDANG 17.10.2019 :  Kumpulan pensyarah dari Fakulti Perubatan Veterinar UPM telah memenangi Pingat Emas dan Perak di PicTL 2019 yang telah berlangsung semalam. Pingat Emas dimenangi oleh kumpulan Ruminant manakala Pingat Perak bagi kumpulan OSCE. "Alhamdullilah untuk pingat emas untuk pasukan ruminan dan pingat perak untuk pasukan OSCE. Semoga kita terus terinspirasi untuk menjadi motivasi dalam meningkatkan pengajaran kita dengan kaedah yang inovatif dan kreatif" kata Dr Rozaihan Mansor yang merupakan antara ahli kumpulan ruminan.

Pemenang bagi Emas bagi kumpulan ruminan terdiri daripada Dr Rozaihan Mansor, Dr Siti Zubaidah Ramanoon, Prof MAdya Dr Firdaus Jesse Abdullah, Dr Sharifah Salmah Syed Hussian, Profesor Dr Abd Aziz Saharee, Dr Mark Hiew Han dan Dr Nurhusien Yimer Degu.

Dalam projek GIPP pula dengan tajuk " Utilizing role play as an innovative method to up-scaling student's understanding and soft skills in teaching veterinary virology" yang diketuai oleh Dr Nor Yasmin, Profesor Siti Suri dan Dr Nur Fazilatelah memenangi pingat emas dan perak.

Manakala pemenag pingat Perak iaitu kumpulan OSCE yang terdiri dari Dr Sharifah Salmah Syed Husin, Prof Madya Dr Malaika Watanabe, Dr Rozaihan Mansor, Dr Puteri Azaziah Megat Abd Rani, Dr Intan Nur Fatiha Shafie, Profesor Dr Jalila Abu, Prof Madya Dr Chen Hui Cheng dan Dr Siti Zubaidah Ramanoon. 

Seluruh warga fakulti tumpang berbangga di atas kejayaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama fakulti.

Date of Input: 18/10/2019 | Updated: 05/11/2019 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdRA0~