Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) Telah Menerima Kunjungan Seramai 76 Orang Pelajar Tingkatan 1 Serta Enam Orang Guru Pengiring Daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan seramai 76 orang pelajar Tingkatan 1 serta enam orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka

Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan seramai 76 orang pelajar Tingkatan 1 serta enam orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka

 
Serdang, 19 Jun 2025 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan seramai 76 orang pelajar Tingkatan 1 serta enam orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka dalam satu program lawatan sambil belajar.
 
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai dunia sains veterinar, khususnya dalam aspek anatomi haiwan secara langsung dan interaktif. Selain itu, lawatan ini turut membuka ruang untuk pelajar memahami peranan serta cabaran dalam kerjaya sebagai doktor haiwan, seterusnya membina minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
 
Program dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan mengenai FPV UPM yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nur Mahiza Md Isa di Auditorium FPV. Pelajar diberi gambaran menyeluruh tentang fungsi, peranan dan peluang kerjaya dalam bidang veterinar.
Seterusnya, para pelajar dibawa melawat Muzium Anatomi Haiwan FPV, di mana mereka berpeluang melihat pelbagai spesimen haiwan sebenar yang digunakan untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Sesi penerangan di muzium telah disampaikan oleh Encik Nazmi Haszmin, Puan Nur Ayuni Azahan Apandi dan Puan Normala Baharin, yang berkongsi pengetahuan secara interaktif.
 
Program lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, malah turut membuka minda para pelajar terhadap kepelbagaian bidang dalam dunia veterinar. Diharapkan, pendedahan sebegini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap kerjaya veterinar serta memperkukuh penghayatan mereka terhadap ilmu sains dan biologi.
 
Pihak sekolah juga menyatakan penghargaan atas sambutan mesra dan pengalaman yang bermanfaat sepanjang lawatan. Semoga jalinan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk generasi muda yang celik sains dan bersedia menyumbang kepada pembangunan kesihatan haiwan dan manusia sejagat.
 
 
 

Date of Input: 24/06/2025 | Updated: 24/06/2025 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (04:41:37am-04:46:37am, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]