Bengkel Ultrasound Avian & Eksotik Tingkat Kemahiran Diagnostik Veterinar | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE 127
» NEWS » Bengkel Ultrasound Avian & Eksotik Tingkat Kemahiran Diagnostik Veterinar

Bengkel Ultrasound Avian & Eksotik Tingkat Kemahiran Diagnostik Veterinar

Bengkel Ultrasound Avian & Eksotik Tingkat Kemahiran Diagnostik Veterinar
 
Oleh: Nur Syazlina Omar | syazlina@upm.edu.my
 
SERDANG, 25 Julai – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar (JPKV) dan Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan (JPPHK) dengan kerjasama Esaote dan Transaid Solutions Sdn. Bhd. telah menganjurkan program “Avian & Exotics Ultrasound Workshop” yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Julai 2026 bertempat di Bilik Surgeri Pelajar, FPV.
 
Program ini merupakan inisiatif perkongsian dan pemindahan ilmu berkaitan penggunaan serta aplikasi teknologi ultrasound dalam diagnosis haiwan avian dan eksotik, khususnya burung dan arnab.
 
Bengkel ini bertujuan memperkenalkan teknik serta perkembangan terkini dalam pengendalian ultrasound toraks dan abdomen, di samping meningkatkan kefahaman peserta terhadap prinsip penghasilan imej, pengendalian mesin dan probe, serta pengenalpastian struktur dan fungsi organ dalaman. Peserta turut didedahkan kepada kaedah analisis dan interpretasi imej ultrasound bagi tujuan diagnosis penyakit secara lebih tepat.
 
Bengkel ini menampilkan Dr. Petra Schitzer dari University of Milan (Italy) sebagai penceramah utama yang berkongsi kepakaran dalam bidang ultrasound veterinar. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta melalui sesi syarahan dan latihan praktikal yang dijalankan secara berfasa.
 
Melalui latihan amali, peserta berpeluang mengaplikasikan teknik ultrasound secara langsung, sekali gus meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti struktur organ serta menilai fungsi sistem dalaman haiwan avian dan eksotik.
 
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM dalam memperkukuh kompetensi profesional veterinawan serta memperluas penggunaan teknologi diagnostik moden dalam amalan klinikal veterinar.

 

Date of Input: 03/08/2026 | Updated: 03/08/2026 | m_nazmi

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
X, (06:15:48pm-06:20:48pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]