Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» MENGENAI KAMI » PENGURUSAN FAKULTI » Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti

Sistem Pengurusan Kualiti Fakulti

Maklumat Am Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) ditubuhkan pada tahun 1973. Pada masa itu UPM dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia dan Fakulti sebagai Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Fakulti kini dibentuk oleh 6 jabatan, tiga daripadanya baru diwujudkan pada tahun 2013. Tiga jabatan asal ialah Jabatan Sains Praklinikal Veterinar yang menumpu kepada sains veterinar asas dan produksi haiwan, Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterinar kepada sains paraklinikal dan Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar kepada sains klinikal.

Tiga jabatan baharu iaitu Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar, Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan dan Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Ladang dan Eksotik yang menumpu kepada perkhidmatan dan amalan klinikal. Fakulti juga mempunyai sebuah Hospital Veterinar Universiti (UVH) yang terulung di negara ini. Hospital ini serba lengkap dan moden, memberi perkhidmatan diagnosis, rawatan, pembedahan dan penjagaan semua jenis haiwan kepada masyarakat. Kes yang dirujuk kepada UVH juga merupakan sumber untuk pengajaran pelajar program Doktor Perubatan Veterinar.

Fakulti adalah institusi pengajian tinggi pertama yang memperolehi persijilan ISO 9001:2000 komprehensif dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional pada 7 Julai 2000. Fakulti juga diakreditasi dengan ISO 17025 untuk beberapa ujian makmal. Untuk kekal relevan dan selaras dengan era penserantauan dan globalisasi Fakulti sedang berusaha untuk memperolehi akreditasi antarabangsa untuk program Doktor Perubatan Veterinarnya.

 

Fakulti Perubatan Veterinar telah mengenalpasti lapan (8) proses perniagaan utama seperti berikut:

      1. Pengajaran - Prasiswazah
      2. Pengajaran - Siswazah
      3. Penyelidikan
      4. Perkhidmatan Profesional - Hospital Veterinar Universiti
      5. Perkhidmatan Profesional - Pendidikan Lanjutan
      6. Perkhidmatan Profesional - Perundingan
      7. Pentadbiran dan Sokongan
      8. Pengurusan


Proses 1-7 adalah dibawah tanggungjawab ketiga-tiga Timbalan Dekan dan Pengarah Hospital dan Proses 8 adalah dibawah tanggungjawab Wakil Pengurusan.

Setiap Timbalan Dekan dan Pengarah Hospital telah menubuhkan satu pasukan yang terdiri dari pegawai akademik dan sokongan untuk menyediakan prosedur dan dokumen lain.

 

 

Kemaskini:: 24/10/2017 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
B1566488684