Sekapur Sireh | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» MENGENAI KAMI » KELAB SUKAN REKREASI VETERINAR » Sekapur Sireh

Sekapur Sireh

Home > Sekapur sireh


SEKAPUR SIREH

Selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV), Fakulti Perubatan Veterinar saya mengalu-alukan kesudian anda untuk melayari laman web ini. 

Saya percaya ia sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada anda sama ada untuk mengenali kami dengan lebih dekat lagi mahu pun meninjau aktiviti yang telah, sedang dan akan dikendalikan oleh KSRV. Untuk pengetahuan anda KSRV memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan ahlinya. Di samping itu, KSRV juga mengadakan pelbagai aktiviti demi merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli serta juga keluarga mereka.

Aktiviti ini bukan sahaja yang melibatkan sukan dan rekreasi tetapi juga aktiviti yang dapat menjalin hubungan rapat dengan fakulti dan pelajar di Fakulti Perubatan Veterinar. Sebagai mengakhiri kata-kata aluan ini, saya juga mengalu-alukan buah fikiran dan pandangan anda untuk dikongsi bersama bagi memperkembang serta memantapkan lagi aktiviti kami di masa akan datang.

Oleh itu, teruslah melayari laman web ini dan sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi kami di alamat yang tertera.

Pengerusi
Kelab Sukan & Rekreasi Veterinar
Fakulti Perubatan veterinar

 

Kemaskini:: 07/12/2020 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdDAa~