Veterinary Nurse Seminar and Workshop 2026 Perkukuh Amalan Kebajikan dan Tingkah Laku Haiwan
Serdang, 26-27 Januari 2026 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan Veterinary Nurse Seminar and Workshop 2026 dengan kerjasama Elanco Malaysia Sdn. Bhd., Ceva Animal Health Malaysia Sdn. Bhd., dan Hanavet Sdn. Bhd.
Program dua hari ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta mengenai tingkah laku dan kebajikan haiwan, khususnya kucing dan anjing dalam persekitaran klinik veterinar. Sesi seminar menekankan prinsip Lima Kebebasan Asas Haiwan serta pengendalian haiwan yang berkesan, manakala sesi bengkel memberi latihan praktikal seperti skin workshop, resusitasi kardiopulmonari (CPR), serta pengurusan kes hipertensi haiwan.
Seramai 150 peserta menyertai seminar pada 26 Januari dan 50 peserta menghadiri bengkel pada 27 Januari, dengan barisan penceramah dari akademik dan industri, termasuk Dr. Syamira Syazuana binti Zaini, Prof. Madya Dr. Chen Hui Cheng, Dr. Chan Wei Yee, Dr. Nor-Alimah binti Rahman, Dr. Ngiow Ee Wen, Dr. Melissa Yeow Mei Juan, Dr. Choong Jia Jie, serta Ms. Hayley Walters dari University of Edinburgh secara dalam talian.
Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal peserta, selari dengan komitmen FPV UPM dalam memajukan amalan kebajikan haiwan dan profesionalisme veterinar di Malaysia.

Tarikh Input: 30/01/2026 | Kemaskini: 30/01/2026 | m_nazmi
