UVA Homecoming 2019 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » UVA Homecoming 2019

UVA Homecoming 2019

UVA Homecoming 2019 

SERDANG, 14 Dis : Majlis Homecoming tahun ini adalah kali ke-tiga yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Veterinar UPM (UVA) dan merupakan salah satu usaha membawa alumni pulang ke alma mater, menemui rakan lama, mengimbau tempat menimba ilmu, untuk menikmati keindahan kampus ini dan melihat pembaharuan serta kemudahan-kemudahan yang mungkin tidak sempat dinikmati pada satu masa dahulu.

Pada tahun ini, di Majlis Homecoming ini juga adalah untuk melancarkan plak nama graduan alumni daripada 1978 hingga 2019 (42 generasi),agar hubungan erat alumni-fakulti dapat diabadikan untuk tatapan generasi graduan dan pelajar veterinar kini dan akan datang.

UPM telah mengeluarkan ramai alumni terbilang dan tersohor, yang banyak memberi sumbangan kepada negara. Oleh itu usaha ini diharapkan dapat mengetengahkan tokoh veterinar yang berjasa kepada masyarakat dan negara untuk pengetahuan umum. - Oleh Dr. Mazlina Mazlan 

Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 17/12/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEYRAV~