UPM Meterai MoU Bersama BARC (Bangladesh) | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » UPM meterai MoU bersama BARC (Bangladesh)

UPM meterai MoU bersama BARC (Bangladesh)

 

SERDANG, Okt 11 – Fakulti Perubatan Veterinar bersama-sama Fakulti Pertanian, UPM telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan Majlis Penyelidikan Pertanian Bangladesh (BARC). Majlis ini telah diadakan secara ringkas melalui platform Zoom yang diacarakan oleh Dr. Mohd Akmal Mohd Noor daripada Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.

Majlis ini telah ditandatangi oleh Ybhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dengan Dr. Shaikh Mohammad Bokthiar, Pengerusi Eksekutif, BARC dan bersaksikan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Ybhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Omar dan Ahli Lembaga Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penilaian, BARC. Majlis ini turut dihadiri dua orang tetamu kehormat daripada Fakulti Pertanian, iaitu Prof. Madya Dr. Nor Azura Adam selaku Dekan Fakulti Pertanian dan Prof. Madya Dr. Norida Mazlan, Ketua Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM.

Pemilihan BARC adalah bertepatan dengan matlamat badan tersebut di dalam bertindak sebagai pusat kepada sistem pertanian Bangladesh yang bertanggungjawab di dalam merancang dan mengintegrasi sumber berkaitan aktiviti pertanian.

Kerjasama penyelidikan dua hala ini akan memfokuskan bidang bioinfomatik pertanian, penternakan dan perikanan; bioteknologi; keselamatan makanan; kesihatan haiwan dan penyakit zoonotik; penternakan marin; penjenteraan pertanian; penyelidikan di dalam produksi haiwan, makanan dan foder; pengurusan selepas tuaian dan sisa buangan; dan pengembangan keupayaan.

Sehingga  kini seramai 29 orang calon PhD sedang menjalankan penyelidikan di UPM dan dijangkan akan menamatkan penyelidikan mereka dalam masa satu hingga dua semester lagi. Calon-calon ini juga telah menerbitkan banyak artikel penyelidikan berimpak tinggi di jurnal-jurnal berwasit.

Perjanjian momorundum persefahaman ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan industri pertanian Bangladesh, secara amnya; melalui perkongsian kepakaran dan teknologi yang dipunyai UPM di dalam penyelidikan pertanian.

Usaha ini juga adalah selari dengan moto UPM, Berilmu Berbakti dan visinya untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, melalui sumbangan kepakaran dan teknologi sedia ada kepada agensi temapatan dan antarabangsa di dalam pembangunan sektor pertanian.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 21/10/2021 | Kemaskini: 21/10/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEXWAL~