UPM Dan UMK Tawar Program Doktor Perubatan Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » UPM dan UMK Tawar Program Doktor Perubatan Veterinar

UPM dan UMK Tawar Program Doktor Perubatan Veterinar

Perkembangan bidang veterinar di Malaysia berlaku sangat pesat disebabkan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat berkaitan penjagaan haiwan kesayangan, ternakan serta haiwan eksotik.

Kesedaran yang tinggi ini mendorong masyarakat mendapatkan nasihat dan bimbingan secara terus daripada doktor veterinar berdaftar.

 

Selain itu, peningkatan populasi rakyat di Malaysia menyebabkan pertambahan keperluan sumber protein makanan seperti telur, daging ayam dan lembu sekali gus mendorong kepada perkembangan industri ternakan ruminan dan unggas, seterusnya memerlukan seorang doktor veterinar untuk memantau kesihatan haiwan.

Sehubungan itu, terdapat pemintaan yang tinggi dalam kerjaya sebagai doktor veterinar di negara ini dan mendorong universiti menawarkan program pengajian doktor perubatan veterinar bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang berkenaan.

Petikan penuh klik pautan di sini : https://gpsbestari.sinarharian.com.my/ipt/upm-dan-umk-tawar-program-doktor-perubatan-veterinar/

Tarikh Input: 22/12/2021 | Kemaskini: 22/12/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEZOAG~