TEMUJANJI PENDAFTARAN KAUNTER PERKHIDMATAN UVH | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » TEMUJANJI PENDAFTARAN KAUNTER PERKHIDMATAN UVH

TEMUJANJI PENDAFTARAN KAUNTER PERKHIDMATAN UVH

Para Pelanggan yang dikasihi, merujuk pengumuman perutusan khas YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 APRIL 2020 bagi Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.
 
Selaras keputusan Universiti Putra Malaysia dan Pengurusan Fakulti (UVH) adalah dimaklumkan perkhidmatan pendaftaran kaunter Hospital Veterinar Universiti (UVH) bermula pada 13 APRIL 2020 melalui temujanji ditetapkan oleh kliniksyen (Consultant/VO) UVH sahaja.
 
Diminta pihak pelanggan untuk melengkapkan borang permohonan temujanji di laman pautan UVH, pihak Consultant/VO akan menghubungi klien bagi tujuan mendapatkan susulan temujanji rawatan pesakit haiwan.
 
BAGI PERTANYAAN LANJUT
SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN : 03-9769 3955/3954 
(Waktu Operasi : 8.00 Pagi-5.00 Petang) 
  
 
PENGURUSAN HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI  
 
YBhg. Prof. Dr. Jalila Abu
Timbalan Dekan Hospital
10 APRIL 2020  

Tarikh Input: 13/04/2020 | Kemaskini: 30/04/2020 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEYTAX~