Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2020/21 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2020/21

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2020/21

 
10 FEBUARI : Profesor Madya Dr Hasliza Abu Hashim, Pengerusinya Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa KSRV, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga fakulti yang berugama buddha.
 
Petikan ucapan beliau melalui hantaran email kepada seluruh warga fakulti berbunyi, "Di kesempatan ini, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year" kepada semua warga Fakulti yang beragama Buddha.
 
Semoga tahun baru ini menyemarakkan lagi semangat sehati sejiwa meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa.
 
Walaupun kita masih di dalam tempoh PKP, sambutlah perayaan tahun baru ini dengan kegembiraan dan patuhilah SOP agar kita dapat bersama memutuskan rangkaian COVID-19, Gong Xi Fa Cai!  Xin Nian Kuai Le!".  
 
 
 

Tarikh Input: 10/02/2021 | Kemaskini: 11/02/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETXAH~