Program Pemindahan Ilmu Vetpil : Vet4Buffalo | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Program Pemindahan Ilmu Vetpil : Vet4Buffalo

Program Pemindahan Ilmu Vetpil : Vet4Buffalo

14 Disember 2021, Serdang – Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Vetpil: Vet4Buffalo yang diadakan pada 14 Disember 2021 bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM dan dirasmi oleh YBrs. Dr. Hassuzana Khalil, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor.

Program ini adalah anjuran Fakulti Perubatan Veterinar, UPM dengan usahasama syarikat MIG Dairy Fresh SDN. BHD dan telah dihadiri hampir 50 peserta yang terdiri daripada penternak kerbau di Selangor, pegawai dan staf Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selongor.

Program Vetpil: Vet4Buffalo yang dilaksanakan ini memfokuskan kepada haiwan ternakan kerbau dengan perkongsian hasil penyelidikan pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar UPM dari sudut reproduksi, penyakit, nutrisi dan penghasilan produk ternakan kerbau. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan hasil ternakan penternak di negeri Selangor.

Para peserta diberikan penerangan secara langsung oleh penceramah dan juga turut melawat kilang pemprosesan keju MIG Dairy Fresh Sdn Bhd
yang terletak di Petaling Jaya Selangor.

 

 

Tarikh Input: 16/12/2021 | Kemaskini: 16/12/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEYJAq~