Program Pemandulan Kucing | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Program Pemandulan Kucing

Program Pemandulan Kucing

PENERIMA MANFAAT KEMPEN PEMANDULAN KUCING

TKH05.jpg

Program pemandulan adalah salah satu inisiatif yang dijalankan bertujuan untuk mengawal populasi kucing dan hal ini juga dapat menjaga kemaslahatan ummah. Seperti yang kita sedia maklum, pemandulan kucing boleh mengelakkan daripada masalah penyakit berjangkit di antara kucing, merendahkan peluang pembuangan kucing secara berleluasa dan boleh mengurangkan risiko pembiakan masalah genetik. Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) aktif dalam melaksanakan kempen pemandulan kucing. Antara program yang sedang dilaksanakan oleh FPV termasuklah Potong- Royong dan PROKASIH.


1. Projek potong-royong
Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia bersama Persatuan Menolong Haiwan SPCA Selangor, Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) dan Persatuan Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA) akan mengadakan program “Potong-Royong”, iaitu program pemandulan kucing di Hulu Langat, Selangor. Program ini akan berlangsung selama enam hari bermula 7 Mac 2023 sehingga 12 Mac 2023 daripada jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program itu akan dijalankan pada 7-12 Mac 2023, 10 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Dato Nazir, Kg. Batu 14, Hulu Langat melibatkan sukarelawan doktor veterinar bertauliah, pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dan juga sukarelawan awam. Projek ini diketuai oleh Dr Farina Mustaffa Kamal. 

Setakat hari pertama, sebanyak 79 ekor kucing telah dimandulkan!

 TKH01.jpg
Gambarajah 1: Pelbagai alatan perubatan yang diperlukan untuk melaksanakan pemandulan haiwan

 

TKH03.jpg
Gambarajah 2: Doktor veterinar bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pemandulan haiwan kesayangan bagi memastikan kesihatan dan kebajikan haiwan terjamin.

2. PROKASIH

Projek Pemandulan Haiwan Terbiar atau lebih dikenali sebagai PROKASIH ialah aktiviti kelab pelajar bersama kelab VETERNAK di bawah penyeliaan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. PROKASIH merupakan satu-satunya program yang memfokuskan isu-isu kebajikan dan sosial berkenaan haiwan terbiar di dalam kampus dan masyarakat di luar yang dianggotai oleh pelajar doktor perubatan veterinar UPM. Bagi melengkapi aktiviti "Potong-royong" adalah pemeriksaan umum kesihatan haiwan kesayangan dan juga program kempen kesedaran pemilikan haiwan kesayangan yang bertanggungjawab iaitu “Komuniti MADANI Prihatin Haiwan” di bawah persatuan pelajar DPV - PROKASIH. Penasihat kelab ialah Profesor Madya Dr. Chen Hui Cheng.

 
Peringkat awal , sebanyak 19 ekor kucing telah menerima pemeriksaan kesihatan bersubsidi!

Sumbangan ke Tabung Kebajikan Haiwan UPM boleh dibuat melalui pautan di bawah:


👉Tekan: https://vet.upm.edu.my/tabung_kebajikan_haiwan-4056?L=bm

👉Tekan "Klik di sini" untuk tiba ke paygate Tabung Kebajikan Haiwan UVH FPV

👉Isikan maklumat di dalam borang dan buat pembayaran

👉Muat turun resit pembayaran

👉Kepilkan resit pembayaran kepada kami melalui google form ini : https://forms.gle/evR56WiLnAAHnsRc6

Nota tambahan:

👉Sumbangan ke Tabung Kebajikan Haiwan UPM melebihi RM500 layak mendapat pengecualian cukai dari UPM (individu dan syarikat)

👉Anda boleh memohon resit potongan zakat dan wakaf melalui WAZAN jika menyumbang kepada wakaf khas fasiliti Hospital Veterinar UPM. Permohonan resit mesti dilakukan pada bulan yang sama dengan sumbangan.

 

Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut boleh diajukan kepada emel vet.animal_welfare@upm.edu.my

Segala sumbangan yang telah diberikan kami hargai dan diharapkan dapat membantu FPV mencapai matlamat meningkatkan kebajikan haiwan.

  

 

Tarikh Input: 09/03/2023 | Kemaskini: 09/03/2023 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETJAc~