Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo Terima Anugerah Hall of Honour Antarabangsa
Serdang, 28 Oktober 2025 – Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair bin Bejo, telah merangkul kejayaan membanggakan apabila menerima Anugerah World Veterinary Poultry Association’s (WVPA) Hall of Honour.
Anugerah berprestij antarabangsa tersebut diberikan kepada beliau yang menunjukkan sumbangan luar biasa dalam pembangunan bidang sains veterinar unggas, pembangunan vaksin, serta usaha memperkukuh industri ayam di peringkat global.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Profesor Dr. J.J. de Wit, Presiden World Veterinary Poultry Association (WVPA), pada Kongres ke-23 Persatuan Veterinar Unggas Sedunia (WVPAC 2025) yang berlangsung pada 6 hingga 10 Oktober lalu di Kuching, Sarawak.
Kejayaan ini memperkukuh reputasi UPM sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan veterinar yang diiktiraf dunia.
Fakulti Perubatan Veterinar menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pencapaian ini yang sekali lagi mengharumkan nama universiti serta negara di persada antarabangsa.
Tarikh Input: 29/10/2025 |
Kemaskini: 29/10/2025 | m_nazmi
PERKONGSIAN MEDIA