Prof. Abdul Rahman Omar Dilantik Sebagai Dekan FPV Ke-10 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Prof. Abdul Rahman Omar dilantik sebagai Dekan FPV ke-10

Prof. Abdul Rahman Omar dilantik sebagai Dekan FPV ke-10

Serdang, 29 November : YBhg. Profesor Dr. Abdul Rahman Omar telah dilantik oleh Ybhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM sebagai Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Disember 2019 hingga 30 November 2022.

Mengulas lanjut pelantikan sebagai Dekan baharu FPV, Prof. Dr. Abdul Rahman berkata, sokongan daripada ahli pengurusan dan seluruh warga Fakulti amat diharapkan bagi mengekalkan tradisi kecemerlangan FPV untuk terus melahirkan veterinawan negara.

Profesor Dr. Abdul Rahman Omar menggantikan Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo yang telah melaksanakan tugas cemerlang sebagai Dekan FPV ke-9 selama 7 tahun 1 bulan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli pengurusan dan warga Fakulti yang telah menyokong kepimpinan saya selama ini. Saya telah dibantu oleh tim pengurusan yang terbaik sepanjang bertugas sebagai Dekan FPV”, katanya.

Untuk rekod, beliau telah bekerja di dalam pasukan pengurusan FPV selama 18 tahun sejak menjawat jawatan Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah) sebelum ini.

Majlis penyerahan tugas Dekan telah berlangsung di Pejabat Dekan FPV pada jam 3.30 petang hari ini.

Tarikh Input: 29/11/2019 | Kemaskini: 30/11/2019 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEUHAg~