Perlantikan Sebagai Timbalan Naib Canselor (TNCPI) | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Perlantikan Sebagai Timbalan Naib Canselor (TNCPI)

Perlantikan Sebagai Timbalan Naib Canselor (TNCPI)

SERDANG - Prof. Dr. Mohd. Azmi Mohd Lila dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) selama tiga tahun mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan ketika mengumumkan perlantikan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato ' Muhyiddin Mohd Yassin berkata perlantikan baharu itu ialah bagi menggantikan Prof. Dato ' Dr. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar yang tamat tempoh pelantikannya pada 31 Disember 2013.

"Sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), beliau bertanggungjawab dalam pembangunan penyelidikan melalui pembudayaan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan hasil penyelidikan (R&D&C) di UPM," katanya

Tambah beliau, pihak pengurusan UPM menyifatkan perlantikan Prof. Dr. Mohd. Azmi akan dapat memperkembangkan dan memantapkan lagi aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan hasil penyelidikan, dan seterunsya memastikan UPM terus kekal sebagai Universiti Penyelidikan terkemuka.


Tarikh Input: | Kemaskini: 14/03/2017 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXESXAU~