Penjagaan Tepat Untuk Haiwan Peliharaan: Peranan Ujian Genetik Dalam Perubatan Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Penjagaan Tepat untuk Haiwan Peliharaan: Peranan Ujian Genetik dalam Perubatan Veterinar

Penjagaan Tepat untuk Haiwan Peliharaan: Peranan Ujian Genetik dalam Perubatan Veterinar

 

SERDANG, 12 Mei – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui Jabatan Sains Praklinikal Veterinar, telah menganjurkan seminar bertajuk “Unlocking the Future of Companion Animal Health: Seminar on the Role of Genetic Testing” yang berlangsung di Auditorium FPV.

Seminar ini merupakan komponen utama bagi projek Knowledge Transfer Grant Scheme @ PTJ, dan telah berjaya menghimpunkan seramai 100 peserta terdiri daripada pengamal veterinar dan orang awam.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ujian genetik dalam penjagaan kesihatan anjing dan kucing, serta memupuk pemahaman mendalam tentang aplikasi teknologi veterinar terkini.

Lima orang pensyarah kanan dan profesor dari FPV telah membentangkan pelbagai topik penting, merangkumi pengenalan kepada ujian genetik, kesejahteraan haiwan, pertimbangan etika, gangguan neurologi, serta aplikasi onkologi ketepatan dalam haiwan kesayangan. Para penceramah terdiri daripada Dr. Mohd Shahrom Salisi, Dr. Syamira Syazuana Zaini, Prof. Madya Dr. Arifah Abdul Kadir, Prof. Dr. Noordin Mohamed Mustapha, dan Prof. Madya Dr. Gayathri Thevi Selvarajah.

Seminar ini turut menekankan aplikasi praktikal ujian genetik, terutamanya dalam pengesanan awal penyakit keturunan, serta sebagai panduan dalam membuat keputusan rawatan dan pembiakan berasaskan data genetik yang lebih tepat, bertanggungjawab dan beretika.

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan FPV UPM dalam memperkukuh usaha pemindahan ilmu antara universiti dan komuniti, serta melahirkan pengamal veterinar yang celik teknologi dan bersedia menangani cabaran kesihatan haiwan masa kini.

Tarikh Input: 13/05/2025 | Kemaskini: 13/05/2025 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:48:28am-08:53:28am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]