PENGUMUMAN
PENANGGUHAN PENDAFTARAN KAUNTER PERKHIDMATAN
HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)
Para Pelanggan yang dikasihi, merujuk pengumuman perutusan khas YAB Perdana Menteri Malaysia pada 25 Mac 2020 selaras pemakluman Universiti Putra Malaysia dan pihak Pengurusan Fakulti (UVH) bagi Perintah Kawalan Pergerakan adalah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan penangguhan pendaftaran kaunter perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti (UVH) iaitu bermula 18 MAC 2020 – 14 APRIL 2020 .
Sebarang kesinambungan pemakluman akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Walau bagaimanapun, sebarang kes discaj pesakit haiwan dan temujanji pesakit dijadualkan oleh pihak klinisyen (Consultant/VO) yang sebelumnya, pihak Consultant/VO akan menghubungi klien berkenaan bagi tujuan mendapatkan susulan rawatan pesakit haiwan.
SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN : 03-9769 3955/3954
(Waktu Operasi : 8.00 Pagi-5.00 Petang)
BAGI PERTANYAAN LANJUT
PENGURUSAN HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
YBhg. Prof. Dr. Jalila Abu
Timbalan Dekan Hospital
Mac 2020
Tarikh Input: 18/03/2020 | Kemaskini: 30/03/2020 | mjamil