Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Putra Malaysia Dengan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES). | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia dengan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES).

Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia dengan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES).

KUALA TERENGGANU, 30 Julai – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyaksikan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) bagi perkhidmatan profesional veterinar, pengajaran pelajar Doktor Perubatan Veterinar dan penyelidikan berkaitan ekuin.
  
 
 
  
UPM diwakili oleh Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan RTES diwakili oleh Pengurus Besar RTES, Dr. Ahmad Naqib Abu Bakar.
Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan berkata, kerjasama ini memberi manfaat kepada pelajar Doktor Perubatan Veterinar UPM untuk menjalankan latihan dan penyelidikan klinikal sejajar dengan hasrat universiti dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan industri.
“Kerjasama ini juga akan melahirkan pelajar Doktor Perubatan Veterinar yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan haiwan dan amalan klinikal khasnya dalam bidang ekuin yang kini kian berkembang di negara,” katanya.
 
 
Dekan FPV, UPM, Prof. Dr. Goh Yong Meng berkata kerjasama erat UPM-RTES sejak tahun 2007 telah memberi peluang kepada staf perubatan veterinar untuk berkongsi kepakaran serta merancang dan merangka program latihan.
“Ini membuktikan kepakaran di FPV adalah unggul dan memberi keyakinan yang positif kepada pihak RTES untuk universti meneruskan kerjasama ini serta mempertingkatkan lagi pelbagai aktivti serta penyelidikan berkaitan kuda,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti (UVH), FPV, Prof. Madya Dr. Noraniza Mohd Adzahan, Dekan Sekolah Perubatan Veterinar, Management and Science University (MSU), Prof. Datuk Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed dan Bendahari Kehormat RTES, Dato’ Koh Tat Kim.
Dalam pada itu, FPV, UPM yang terdiri dari enam jabatan, iaitu Jabatan Sains Praklinikal Veterinar, Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar serta Jabatan Perubatan & Pembedahan Haiwan Kesayangan dan Jabatan Perubatan & Pembedahan Haiwan Ladang & Eksotik yang berada di bawah naungan UVH menyediakan pendidikan yang komprehensif dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar bagi menghasilkan doktor veterinar yang berwibawa.

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 09/08/2024 | azwaar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:54:56am-08:59:56am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]