Pelawat Dari SMK Dato' Penggawa Timur Johor | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Pelawat dari SMK Dato' Penggawa Timur Johor

Pelawat dari SMK Dato' Penggawa Timur Johor

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR
Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur Johor

 

22 Mac 2019 - Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan seramai 73 orang pelajar yang diiringi oleh 7 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur Johor.

Pelajar diberi penerangan mengenai program Doktor Perubatan Veterinar (DPV), antaranya ialah pekerjaan yang boleh diceburi setelah berjaya menamatkan pengajian selama 5 tahun di fakulti. Graduan DPV boleh berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta, contohnya di Hospital Veterinar Universiti UPM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, klinik haiwan kerajaan dan swasta, zoo dan juga mana-mana syarikat farmaseutikal dan vaksin untuk haiwan.

Mereka juga boleh berkhidmat sebagai Pegawai Veterinar di ladang ternakan lembu dan ayam, atau Pegawai Penyelidik yang membuat penyelidikan berkaitan penyakit haiwan atau peternakan haiwan di mana-mana agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta. Graduan DPV yang berminat untuk menceburi bidang akademia, mereka perlu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat master dan/atau Doktor Falsafah (PhD) di mana-mana negara di seluruh dunia sekiranya berjaya memperoleh biasiswa.

Selain sesi penerangan mengenai profesion veterinar, pelajar dibawa ke Muzium Anatomi Haiwan di fakulti untuk melihat rangka haiwan yang digunakan sebagai salah satu bahan pengajaran untuk Kursus Anatomi Haiwan yang diajar pada tahun pertama dan kedua dalam Program Doktor Perubatan Veterinar.    

Disediakan oleh: Profesor Madya Dr. Hazilawati Binti Hj. Hamzah, DVM (UPM), MVSc (UPM), PhD (Murdoch University, Australia)


 

Tarikh Input: 25/03/2019 | Kemaskini: 25/03/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEUMAT~