Menang Emas & Perak Kaedah Pengajaran Inovatif Dan Kreatif Di PicTL 2019 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Menang Emas & Perak Kaedah Pengajaran Inovatif dan kreatif di PicTL 2019

Menang Emas & Perak Kaedah Pengajaran Inovatif dan kreatif di PicTL 2019

SERDANG 17.10.2019 :  Kumpulan pensyarah dari Fakulti Perubatan Veterinar UPM telah memenangi Pingat Emas dan Perak di PicTL 2019 yang telah berlangsung semalam. Pingat Emas dimenangi oleh kumpulan ruminan manakala pingat perak dimenangi oleh kumpulan OSCE.

"Alhamdullilah untuk pingat emas untuk pasukan ruminan dan pingat perak untuk pasukan OSCE. Semoga kita terus terinspirasi untuk menjadi motivasi dalam meningkatkan pengajaran kita dengan kaedah yang inovatif dan kreatif" kata Dr Rozaihan Mansor yang merupakan antara ahli kumpulan ruminan.

Pemenang pingat emas iaitu kumpulan ruminan terdiri daripada Dr Rozaihan Mansor, Dr Siti Zubaidah Ramanoon, Prof Madya Dr Firdaus Jesse Abdullah, Dr Sharifah Salmah Syed Hussian, Profesor Dr Abd Aziz Saharee, Dr Mark Hiew Han dan Dr Nurhusien Yimer Degu.

Dalam projek GIPP pula dengan tajuk " Utilizing role play as an innovative method to up-scaling student's understanding and soft skills in teaching veterinary virology" yang diketuai oleh Dr Nor Yasmin, Profesor Siti Suri dan Dr Nur Fazila telah memenangi pingat emas dan perak.

Manakala pemenang pingat Perak iaitu kumpulan OSCE yang terdiri dari Dr Sharifah Salmah Syed Husin, Prof Madya Dr Malaika Watanabe, Dr Rozaihan Mansor, Dr Puteri Azaziah Megat Abd Rani, Dr Intan Nur Fatiha Shafie, Profesor Dr Jalila Abu, Prof Madya Dr Chen Hui Cheng dan Dr Siti Zubaidah Ramanoon. 

Seluruh warga fakulti tumpang berbangga di atas kejayaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama fakulti.

Tarikh Input: 18/10/2019 | Kemaskini: 05/11/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdPAw~