JEMPUTAN MENYAKSIKAN MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI 2022 PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
22 APRIL - Universiti Putra Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Bumi 2022 bagi menzahirkan komitmen warga kampus terhadap aspek pemuliharaan bumi dan penjagaan alam sekitar. Majlis perasmian akan diadakan secara langsung dari Dewan Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Semuga penghayatan sambutan Hari Bumi dirasai oleh seluruh warga UPM, PTJ turut melaksanakan aktiviti pada tarikh dan masa secara serentak. Pelaksanaan aktiviti di peringkat PTJ akan disaksikan oleh YH. Dato’ Naib Canselor secara lintas langsung melalui aplikasi Zoom di mana YH. Dato’ Naib Canselor juga dijadualkan akan berinteraksi dengan wakil PTJ secara langsung bagi mengetahui butiran aktiviti yang sedang dilaksanakan. Penyertaan secara dalam talian layak diberikan 3 Mata CPD Latihan tertakluk pengesahan TPLS PTJ dengan mengisi Borang Maklumat on The Job Training (OJT)/Pembelajaran Kendiri.
Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan adalah amat dialu-alukan untuk menyaksikan majlis perasmian tersebut. Bersama ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
Kesudian dan sokongan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan menyaksikan majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.