Lawatan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Lawatan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM

Lawatan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM

Lawatan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM
 
Serdang, 19 Januari 2026 – Seramai 42 orang pelajar Semester 2 dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bersama dua orang guru pengiring telah mengadakan lawatan akademik ke Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lawatan ini bertujuan memperkukuh pendedahan awal pelajar terhadap bidang perubatan veterinar serta memperluas kefahaman mereka mengenai laluan pendidikan tinggi dalam bidang sains dan veterinar.
 
Program dimulakan dengan sesi pengenalan yang disampaikan oleh Dr. Amirul Nazhan Ilias, yang merangkumi latar belakang sejarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Fakulti Perubatan Veterinar, termasuk peranan fakulti tersebut dalam pembangunan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan veterinar di peringkat nasional dan antarabangsa.
 
Seterusnya, para pelajar dan guru pengiring telah diberikan taklimat berkaitan syarat-syarat pengambilan pelajar bagi Program Bacelor Doktor Perubatan Veterinar (DVM), FPV, UPM, yang turut disusuli dengan sesi soal jawab interaktif bagi membolehkan pelajar mendapatkan penjelasan secara langsung berkaitan prospek kerjaya, struktur program pengajian serta cabaran sebenar dalam bidang doktor perubatan veterinar.
 
Program lawatan diteruskan dengan lawatan ke Muzium Anatomi FPV UPM, di mana para pelajar berpeluang melihat secara dekat spesimen anatomi haiwan serta memahami asas struktur dan fungsi tubuh haiwan sebagai komponen penting dalam latihan veterinar.
 
Secara keseluruhan, lawatan ini dilihat sebagai satu inisiatif berimpak tinggi yang menyokong aspirasi pembangunan modal insan berteraskan sains dan teknologi, di samping memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan kolej prauniversiti.
 
 

Tarikh Input: 21/01/2026 | Kemaskini: 21/01/2026 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (09:29:11am-09:34:11am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]