Lawatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Ke UVH Bagi Penilaian Lesen Jenis A | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Lawatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi ke UVH bagi Penilaian Lesen Jenis A

Lawatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi ke UVH bagi Penilaian Lesen Jenis A

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 26 Februari – Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima lawatan pemeriksaan rasmi daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) bagi tujuan penilaian pematuhan terhadap keperluan Lesen Jenis A yang sedang dalam proses permohonan.

 

Seramai 10 pegawai hadir dalam lawatan ini, terdiri daripada lima orang wakil Cawangan Pelesenan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi serta lima orang daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kehadiran kedua-dua cawangan ini berikutan permohonan Lesen Jenis A kategori borong dan runcit yang dikemukakan oleh pihak UVH.

 

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat UVH yang memperkenalkan struktur FPV, kedudukan UVH di bawah fakulti serta perkhidmatan klinikal dan farmaseutikal yang ditawarkan. Penerangan ini memberi gambaran menyeluruh mengenai keperluan operasi yang memerlukan Lesen Jenis A kategori borong dan runcit.

 

Delegasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan di Farmasi Utama UVH bagi menilai aspek penyimpanan ubat, pengurusan stok, dokumentasi serta pematuhan terhadap perundangan yang dikuatkuasakan. Sepanjang pemeriksaan, pihak BPF turut memberikan panduan dan bimbingan bagi memastikan setiap keperluan lesen dipenuhi secara teratur dan menyeluruh.

 

Secara keseluruhannya, lawatan pemeriksaan ini menyokong proses penilaian Lesen Jenis A di UVH serta memperkukuh komitmen hospital dalam memastikan pengurusan farmasi dilaksanakan mengikut kerangka perundangan yang ditetapkan.

 

Sesi taklimat dan perbincangan

 

Ketibaan pelawat di Farmasi Utama UVH

 

Pemeriksaan Daftar Bekalan untuk Bahan Psikotropik

Tarikh Input: 26/02/2026 | Kemaskini: 26/02/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (02:10:41pm-02:15:41pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]