Serdang, 26hb Februari 2025 – Fakulti Perubatan Veterinar, telah menerima kunjungan dari delegasi Fakulti Perubatan Veterinar, Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh Indonesia bagi membincangkan hal-hal akademik serta melihat fasiliti fakulti dan Muzium Anatomi Haiwan. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr Goh Yong Meng, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, yang menyambut mesra kedatangan para pelawat.
Sesi penerangan mengenai fakulti telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mokrish Md. Ajat, yang memberi gambaran menyeluruh mengenai program akademik, penyelidikan, serta peranan fakulti dalam bidang perubatan veterinar.
Selain sesi perbincangan akademik, para pelawat juga dibawa melawat beberapa fasiliti utama fakulti bagi melihat sendiri kemudahan yang disediakan.
Lawatan fasiliti ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Amirul Nazhan Ilias, yang turut dibantu oleh beberapa staf makmal terpilih. Para pelawat berpeluang meninjau makmal-makmal khusus serta Muzium Anatomi Haiwan yang menempatkan pelbagai spesimen untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan akademik antara kedua-dua institusi, tetapi juga memberi pendedahan kepada para pelawat mengenai kemudahan dan keupayaan penyelidikan di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Diakhir program lawatan tersebut, pelawat berpeluang berjumpa dengan Mantan Dekan FPV iaitu YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman.
Tarikh Input: 28/02/2025 |
Kemaskini: 28/02/2025 | m_nazmi
PERKONGSIAN MEDIA