Selasa, 25 Mac 2025 - Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) telah mengadakan program gotong-royong memasak kari kambing dan mengagihkannya kepada warga fakulti bersempena Ihya Ramadan.
Agihan makanan tersebut telah disampaikan oleh Dekan FPV, YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng diiringi Pengerusi KSRV Sesi 2025-2026, Dr Wan Nor Fitri sebagai simbolik penghargaan dan keberkatan Bulan Ramadan kepada seluruh warga fakulti.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga fakulti, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini!
Dikesempatan ini juga, KSRV sesi 2025-2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat warga Fakulti. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa kebahagian, kedamaian dan keberkatan buat kita semua.
Jawatankuasa KSRV 2025-2026
Pengerusi KSRV 2025-2026
Dr Wan Nor Fitri Wan Jaafar
Tarikh Input: 26/03/2025 |
Kemaskini: 26/03/2025 | m_nazmi
PERKONGSIAN MEDIA