KEJAYAAN PROJEK VAKSIN STVac7 UPM DAN BAVSB | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » KEJAYAAN PROJEK VAKSIN STVac7 UPM DAN BAVSB

KEJAYAAN PROJEK VAKSIN STVac7 UPM DAN BAVSB

 
 
 
 
Penyelidik Universiti Putra Malaysia telah berjaya mengkomersilkan inovasi vaksin STVac7 semburan intranasal untuk kambing dan biri-biri bagi mencegah penyakit yang menyerang paru-paru atau pneumonia kepada kumpulan haiwan tersebut kepada syarikat BIO-Angle VACS Sdn Bhd (BAV).
 
 
Penjualan paten Mannhemia Haemolytica Bacterial Polypeptides and Sequences, Gene Sequences and Uses Thereof (MY-176715-A)  telah dimeterai melalui perjanjian tiga hala melibatkan UPM, UPM Innovation Sdn Bhd dan BAV yang disaksikan oleh YBrs. Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.
 
 
Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti mengucapkan Syabas dan Tahniah di atas kejayaan Prof. Dr. Mohd  Zamri Saad dan kumpulan penyelidik yang terlibat dalam pengkomersilan vaksin tersebut.
 

Tarikh Input: 29/09/2021 | Kemaskini: 29/09/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXETMA5~