Hari Bersama Penternak-JK Ladang Angkat 2020 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Hari Bersama Penternak-JK Ladang Angkat 2020

Hari Bersama Penternak-JK Ladang Angkat 2020

Serdang, Febuari - Fakulti Perubatan Veterinar telah menganjurkan Hari Bersama Penternak-JK Ladang Angkat 2020 : Kesedaran Biosekuriti - Penternak Ruminan bersama peserta Program Ladang Angkat FPV pada 21 Febuari di Fakulti Perubatan Veterinar.

Komuniti penternak ruminan telah didedahkan kepada kesedaran biosekuriti dan sanitasi dalam seminar " Kesedaran Biosekuriti" di kalangan penternak ruminan. Biosekuriti adalah berkaitan dengan pencegahan kemasukan dan penyebaran penyakit. Biosekuriti adalah penting untuk memastikan tiada penularan penyakit atau wabak kepada haiwan maupun manusia.

 

Seminar ini merupakan siri ke-3 Hari Bersama Penternak yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Ladang Angkat, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program Ladang Angkat merupakan projek bertaraf lima bintang bagi projek komuniti UPM berimpak tinggi sejak September 2011. Hari Bersama Penternak 2020 kali ini diketuai oleh Dr Mark Hiew Wen Han. Peserta program seramai 35 orang terdiri daripada penternak Ladang Angkat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan penternak ruminan sekitar Selangor.

 

Tarikh Input: 09/03/2020 | Kemaskini: 10/03/2020 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDcRAJ~